Selasa, 27 Oktober 2009

Generasi Tok Linggi berkumpul di Relong

KUALA LIPIS 20 Okt. - Kira-kira 4,000 ahli keluarga daripada lima generasi Tok Linggi di Kampung Relong di sini mengadakan perhimpunan sempena jamuan Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Pertemuan itu dianggap amat bermakna kerana sebahagian ahli keluarga terbabit kini menetap di luar negara termasuk Thailand, Indonesia dan Australia.

Selain di sekitar Pahang, sebahagian anggota keluarga berkenaan juga tinggal di Sabah dan Sarawak.

Perjumpaan bersejarah itu diadakan atas inisiatif ahli keluarga tersebut dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Relong, Persatuan Anak Kampung Relong dan sebuah syarikat swasta, Raffulin Holding Sdn. Bhd. (Raffulin) yang dimiliki salah seorang generasi Tok Linggi.

Pelbagai acara menarik diadakan dalam perjumpaan itu termasuk mengecam salasilah keluarga.

Setiausaha Jawatankuasa Perjumpaan Rumpun Keluarga Tok Linggi, Muhamad Hairiri Abdul Majid, 42, berkata, perhimpunan julung kali itu diadakan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan yang terjalin sejak sekian lama.

''Perhimpunan ini mewujudkan hubungan kekeluargaan berpanjangan walaupun ramai generasi terdahulu telah meninggal dunia," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada majlis itu hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Perjumpaan Rumpun Keluarga Tok Linggi, Zahari Uda dan Pengurus Raffulin, Datuk Ir. Mohd. Razali Othman dan Penghulu Mukim Telang, Abdullah Zawawi Kamaruddin.

Sementara itu, waris kelima Tok Linggi, Hussin Ali, 74, mendakwa, Tok Linggi yang berasal dari Kampung Bukit Meninjau, Sumatera Barat, Indonesia, mempunyai pertalian dengan keturunan Kesultanan Johor Riau.

''Akibat perselisihan dengan pemerintah pada awal tahun 1700-an, Tok Linggi bersama lima beradiknya lari ke Tanah Melayu dan singgah di Negeri Sembilan sebelum berpecah membawa haluan masing-masing ke negeri lain," katanya.

Seorang waris keturunan Tok Linggi, Hassan Sood, 64, berkata, dia terharu kerana berjumpa saudara dekat dan jauh pada perhimpunan itu.

''Menerusi jurai keturunan yang disediakan, saya dapat mengenali anak saudara, pak cik, mak cik, nenek, datuk, cicit dan piut yang tinggal sekampung dan yang datang dari jauh," katanya.

Hassan menambah, pertemuan itu mewujudkan suasana mesra lebih-lebih lagi di kalangan generasi muda agar lebih mengenali orang tua dan menghayati jurai keturunan Tok Linggi.

Sementara itu, pengkisahan salasilah waris Tok Linggi Kampung Relong boleh dilayari menerusi laman sesawang . Utusan Malaysia
KOMEN
Ramai generasi Tok Linggi yang hadir saya pun pergi kesempatan tersebut saya melihat Carta Salasilah yang dipaparkan oleh pihak urusetia.
Ada nama adik beradik kami(g7)i di bawah Sulaiman(g6) bin Ansah(g5) bin Embong(g4) bin Tain(g3) bin Alas(g2) bin Tok Linggi(g1)”
“Sebelah emak adik beradik kami(g8) Pipah(g7) – Saudah(g6)-Som(g5)-Mak Amah(g4)[puak 16]-Pawang Tamat(g3)-Alas(g2)-Tok Linggi(g1).”
“Sebelah Jebet isteri kepada Ansah : Kami adik beradik(g8) bin Sulaiman(g7)-Jebet(g6)-Hawa(g5)-Mahyun(g4)-Majid(g3)-Imam Munah(g2)- Tok Linggi(g1)”

Terima kasih kepada pihak penganjur dan warga Relong.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini.

Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal Golongan Si Kitul dan Raja Mandeliar yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

Dr. Aminudin Abdul Karim berkata...

Kajian Susur Galur Datok Linggi telah saya siapakan insyallah diumumkan pada perhimpunan generasi Tok Linggi pada 2.10.10 didewan besar Kg Relong.Sebahagiannya telah saya siarkan dalam Facebook, Dr Aminudin bin Abdul Karim