Selasa, 27 Oktober 2009

Generasi Tok Linggi berkumpul di Relong

KUALA LIPIS 20 Okt. - Kira-kira 4,000 ahli keluarga daripada lima generasi Tok Linggi di Kampung Relong di sini mengadakan perhimpunan sempena jamuan Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Pertemuan itu dianggap amat bermakna kerana sebahagian ahli keluarga terbabit kini menetap di luar negara termasuk Thailand, Indonesia dan Australia.

Selain di sekitar Pahang, sebahagian anggota keluarga berkenaan juga tinggal di Sabah dan Sarawak.

Perjumpaan bersejarah itu diadakan atas inisiatif ahli keluarga tersebut dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Relong, Persatuan Anak Kampung Relong dan sebuah syarikat swasta, Raffulin Holding Sdn. Bhd. (Raffulin) yang dimiliki salah seorang generasi Tok Linggi.

Pelbagai acara menarik diadakan dalam perjumpaan itu termasuk mengecam salasilah keluarga.

Setiausaha Jawatankuasa Perjumpaan Rumpun Keluarga Tok Linggi, Muhamad Hairiri Abdul Majid, 42, berkata, perhimpunan julung kali itu diadakan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan yang terjalin sejak sekian lama.

''Perhimpunan ini mewujudkan hubungan kekeluargaan berpanjangan walaupun ramai generasi terdahulu telah meninggal dunia," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada majlis itu hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Perjumpaan Rumpun Keluarga Tok Linggi, Zahari Uda dan Pengurus Raffulin, Datuk Ir. Mohd. Razali Othman dan Penghulu Mukim Telang, Abdullah Zawawi Kamaruddin.

Sementara itu, waris kelima Tok Linggi, Hussin Ali, 74, mendakwa, Tok Linggi yang berasal dari Kampung Bukit Meninjau, Sumatera Barat, Indonesia, mempunyai pertalian dengan keturunan Kesultanan Johor Riau.

''Akibat perselisihan dengan pemerintah pada awal tahun 1700-an, Tok Linggi bersama lima beradiknya lari ke Tanah Melayu dan singgah di Negeri Sembilan sebelum berpecah membawa haluan masing-masing ke negeri lain," katanya.

Seorang waris keturunan Tok Linggi, Hassan Sood, 64, berkata, dia terharu kerana berjumpa saudara dekat dan jauh pada perhimpunan itu.

''Menerusi jurai keturunan yang disediakan, saya dapat mengenali anak saudara, pak cik, mak cik, nenek, datuk, cicit dan piut yang tinggal sekampung dan yang datang dari jauh," katanya.

Hassan menambah, pertemuan itu mewujudkan suasana mesra lebih-lebih lagi di kalangan generasi muda agar lebih mengenali orang tua dan menghayati jurai keturunan Tok Linggi.

Sementara itu, pengkisahan salasilah waris Tok Linggi Kampung Relong boleh dilayari menerusi laman sesawang . Utusan Malaysia
KOMEN
Ramai generasi Tok Linggi yang hadir saya pun pergi kesempatan tersebut saya melihat Carta Salasilah yang dipaparkan oleh pihak urusetia.
Ada nama adik beradik kami(g7)i di bawah Sulaiman(g6) bin Ansah(g5) bin Embong(g4) bin Tain(g3) bin Alas(g2) bin Tok Linggi(g1)”
“Sebelah emak adik beradik kami(g8) Pipah(g7) – Saudah(g6)-Som(g5)-Mak Amah(g4)[puak 16]-Pawang Tamat(g3)-Alas(g2)-Tok Linggi(g1).”
“Sebelah Jebet isteri kepada Ansah : Kami adik beradik(g8) bin Sulaiman(g7)-Jebet(g6)-Hawa(g5)-Mahyun(g4)-Majid(g3)-Imam Munah(g2)- Tok Linggi(g1)”

Terima kasih kepada pihak penganjur dan warga Relong.

Ahad, 13 September 2009

TIDAK DISUNATKAN UNTUK MENZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA AIDILFITRI

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Lazimnya pada pagi Hari Raya iaitu sebelum atau sesudah solat Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di Malaysia akan berpusu-pusu memenuhi tanah-tanah perkuburan untuk menziarah kubur ahli keluarga mereka. Sesetengah tanah perkuburan telah berubah menjadiseperti kawasan perayaan yang meriah. Terdapat gerai-gerai yang menjual bunga-bunga dan air wangian untuk ditabur dan dijirus di atas kuburan. Ramai juga di antara kita yang melakukan ibadat-ibadat tertentu di kawasan perkuburan tersebut seperti membaca surahYasin, berzikir malah ada yang melakukan upacara tahlil di situ untuk di sedekahkan pahalanya kepada mayat. Ada juga segelintir kecil umat Islam yang sehinggakan membawa makanan serta minuman di kawasan perkuburan dan membuat jamuan di kawasan perkuburan. Ini semua merupakan perbuatan yang tidak pernah diajaroleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan tidak juga pernah diamalkan oleh mana-mana para al-salafussoleh termasuk imam kita Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i rahimahullah. Sekiranya perkara tersebut adalah baik lagi mendatangkan manfaat yangbesar kepada umat Islam, nescaya mereka akan mendahului kita dalam mengamalkannya. Syaikh Wahid Abdussalam Bali ketika mengingkari pengkhususan HariRaya Adilfitri dijadikan hari menziarah kawasan perkuburan telah berkata:

Pertama, bukan merupakan petunjuk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam atau salah seorang sahabatnya mengkhususkan Hari Raya untuk berziarah kubur

Kedua, Hari Raya adalah hari kegembiraan dan kesenangan, bukan hari kesedihan dan tangisan.

Ketiga, Hari Raya adalah hari saling berkunjung orang-orang yang masih hidup, dan bukan untuk mengunjungi orang-orang yang sudah mati. - Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, ms. 429

Sebenarnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah mengharamkan untuk dilakukan ibadah di kawasan perkuburan dan menjadikannya sebagai kawasan perayaan. Ini sebagaimana sabdanya:

Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan. Sesungguhnya setan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah. - Hadis riwayat ImamMuslim, no: 780

Dari hadis ini dapat kita fahami bahawa rumah yang tidak dikerjakan ibadah seperti membaca al-Qur’an dan solat adalah sama seperti kawasan perkuburan. Oleh itu secara tidak langsung ia memberitahu kepada kita semua bahawa kawasan perkuburan bukan merupakan tempat untuk beribadah seperti membaca al-Qur’an.

Tambahan pula amalan mengirim pahala bacaan al-Qur’an seperti surah Yasin kepada mayat menurut pendapat Imam al-Syafi’i rahimahullah adalah tidak sampai pahalanya kepada mayat tersebut. Ternyata di dalam kitab-kitab Imam al-Syafi’i tidak pernah tertulis tentang amalan mengirim pahala bacaan al-Qur’an kepada mayat ini. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. - Al-Najm (53) : 38-39

Telah berkata al-Hafidz Ibnu Kathir rahimahullah di dalam kitab tafsirnya Tafsir al-Qur’an al-Adzim ketika mentafsirkan ayat di atas:

Iaitu sebagaimana seseorang tidak akan memikul dosa orang lain demikian juga seseorang tidak akan memperolehi ganjaran (pahala) kecuali apa-apa yang telah dia usahakan untuk dirinya sendiri. Dan dari ayat yang mulia ini Imam al-Syafi’i bersama paraulamak yang mengikutinya telah mengeluarkan hukum bahawa bacaan al-Qur’an tidak akan sampai hadiah pahalanya kepada orang yang telah mati. Kerana bacaan tersebut bukan dari amal dan usaha mereka. Oleh kerana itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengsyari’atkan umatnya (untuk menghadiahkan bacaan al-Qur’an kepada yang telah mati) dan tidak juga pernah menggemarinya atau memberikan petunjukkepada mereka baik dengan nash (dalil yang jelas lagi terang) dan tidak juga dengan isyarat dan tidak pernah dinukilkan dari seorangpun sahabat (bahawa merekapernah mengirim pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang telah mati). Jika sekiranya amalan itu baik tentu para sahabat telah mendahului kita mengamalkannya. Dandi dalam masalah ibadah ianya hanya terbatas pada dalil dan tidak boleh dipalingkan dengan qiyas-qiyas atau pendapat-pendapat.

Imam al-Nawawi al-Syafi’i rahimahullah pula di dalam Syarah Muslim (jilid 1, ms. 90) telah berkata:

Adapun bacaan al-Qur’an (yang pahalanya dikirimkan kepada simati) maka yang masyhur di dalam mazhab Syafi’i tidak dapat sampai kepada si mati yang dikirim… Sedang dalilnya bagi Imam al-Syafi’i dan pengikut-pengikutny a iaitu firman Allah:

bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.

Dan Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh (lelaki atau perempuan) yang berdoa untuknya. - Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi, no: 1297.

Oleh itu bagi masyarakat Islam di Malaysia yang rata-ratanya mengaku berpegang teguh dengan mazhab Syafi’i sewajarnya meninggalkan amalan membaca al-Qur’an di kuburan bertujuan untuk mengirim pahalanya kepada mayat ini bukan hanya pada pagi Hari Raya Aidilfitri tetapi juga pada hari-hari selainnya. Sabda baginda shallallahu 'alaihi wasallam lagi:

Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu itu sebagai kuburan dan janganlah kamu jadikan kuburku tempat perayaan. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, no: 1746

Sekiranya kubur manusia yang paling mulia di atas muka bumi ini iaitu kuburnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam diharamkan untuk dijadikan kawasan perayaan,apatah lagi kuburan manusia biasa yang selainnya. Maka haram hukumnya untuk mengkhususkan Hari Raya Aidilfitri sebagai hari berkumpulnya manusia di kawasan perkuburan kerana ia menggambarkan seolah-olah kuburan telah dijadikan kawasan perayaan.

Tambahan pula apabila manusia berkumpul beramai-ramai dan melakukan pelbagai aktiviti di kawasan perkuburan sering kita sering melihat mereka duduk di atas kubur atau memijak-mijaknya. Mereka seolah-olah tidak pernah mengetahui amaran keras daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terhadap mereka yang duduk di atas kubur. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

Sesungguhnya jika seseorang kamu duduk di atas bara api membakar sehingga menembusi pakaiannya lalu membakar kulitnya, adalah lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kuburan. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 971

Tidak dinafikan bahawa kita sememangnya disunnahkan untuk menziarah kubur agar mengingatkan kita kepada kematian. Ini sebagaimana sabda Nabi shallallahu'alaihi wasallam:

…maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada kematian. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 976

Namun demikian Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah memerintahkan kita untuk mengkhususkan pagi Hari Raya Aidilfitri sebagai hari untuk menziarah kubur. Sekiranya amalan ini baik untuk umat Islam tentu baginda akan memerintah para sahabatnya radhiallahu 'anhum untuk mengerjakannya. Ternyata tidak wujud satu hadispun yang sabit daripada baginda shallallahu 'alaihi wasallam tentang amalan menziarah kubur khusus pada Hari Raya Aidilfitri.

Tambahan pula apa yang disunnahkan untuk kita lakukan ketika menziarah kubur hanyalah mendoakan kesejahteran mayat dan doa yang telah diajar oleh Rasulullahshallalla hu 'alaihi wasallam adalah:

Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin dan insya Allah kami akan menyusulmu. Aku mohon keselamatan kepada Allah bagi kami dan kalian. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 975

Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin, semoga Allah memberi rahmat kepada orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian dari kami dan insya Allah kami akan menyusul. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 974

Oleh itu itu hendaklah kita menghindarkan diri dari melakukan amalan-amalan bid’ah di kawasan perkuburan pada Hari Raya Aidilfitri yang mulia. Sesungguhnya ketika Allah 'Azza wa Jalla mewafatkan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, agama Islam itu sudah lengkap dan apa-apa ibadah yang bukan sebahagian daripada agama ketika itu maka ianya bukan sebahagian daripada agama Islam selama-lamanya. Telah berkata Imam Malik bin Anas rahimahullah:

Barangsiapa mengada-adakan sesuatu di dalam umat ini yang tidak pernah di lakukan para pendahulunya, maka dia benar-benar menganggap Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam telah mengkhianati agama ini kerana Allah Ta’ala telah berfirman:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.- al-Maaidah (5) : 3

Oleh itu sesuatu yang pada waktu itu yang bukan sebahagian dari agama, maka sekarang pun tidak dianggap sebagai sebahagian dari agama. - Dinukil dari kitab Manhaj Akidah Salaf: Akidah Imam Malik ditulis oleh Syaikh Muhammad bin ‘Abdurrahman al-Maghrawi, Pustaka Azzam, Jakarta 2002, ms. 60.

2009/9/11 Mohd Yaakub

Assalaamu'alaikum

Ramadan tahun ini semakin meninggalkan kita. Syawal semakin hampir menjelma.

Berikut saya sertakan beberapa artikel tentang Sambutan Hari Raya Mengikut Sunnah Nabi SAW dan beberapa hukum tentang Puasa Enam.

Semoga ianya bermanfaat. Tidak dapat Buat Semua Jangan Tinggalkan Semua.

AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI
http://akob73. blogspot. com/2008/ 09/amalan- amalan-sunnah- untuk-aidilfitri .html

ADAKAH DISUNNAHKAN MENZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA AIDILFITRI
http://akob73. blogspot. com/2008/ 09/adakah- disunnatkan- menziarah- kubur-pada. html

PUASA ENAM MENDAPAT GANJARAN PUASA SEPANJANG TAHUN
http://akob73. blogspot. com/2008/ 09/puasa- enam-mendapat- ganjaran- puasa.html

AFDAL QADA' HUTANG RAMADAN SEBELUM MULAKAN PUASA ENAM SYAWAL
http://akob73. blogspot. com/2008/ 10/afdal- qada-hutang- ramadan-sebelum. html

RAYA SELEPAS PUASA ENAM
http://akob73. blogspot. com/2008/ 10/raya-selepas- puasa-enam. html

Selasa, 8 September 2009

Syeikh Abdulkadir Al Jailani

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

p/s: Tak salah kalau antara kita sesama Islam saling ingat mengingati.

Khamis, 3 September 2009

Salasilah Menteri SELAMAT



Saya akan mengemaskini salasilah AHMAD(A), TUKANG KASSIM(B), YUSOF(C)dan MANDAK LEMPIK(D). Nama MENTERI yang saya letakan pada SELAMAT dan LEBEH setelah saya rujuk pada geran tanah pusaka. Sekian terima kasih.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Jumaat, 10 Julai 2009

Kepentingan Mempelajari Ilmu Salasilah Keluarga


contoh salasilah cara lama yang telah dibuat
Masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu kurang memiliki minat yang tinggi untuk menjejaki jurai keturunan atau salasilah keluarga mereka sendiri. Barang kali mereka beranggapan tiada sebarang faedah atau manfaat sekiranya mereka menyelidiki secara lebih mendalam tentang keluarga mereka. Kecenderungan menyimpan atau menulis rekod-rekod salasilah boleh dikatakan hanya terdapat dalam kalangan pemerintah khasnya golongan kerabat diraja atau pembesar-pembesar negeri. Tujuan penulisannya barang kali tidak lebih untuk menyatakan keabsahan pemerintahan mereka di sesebuah negeri atau jajahan taklukan mereka. Selain itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang menyusun salasilah adalah bertujuan semata-mata ingin menuntut takhta kerajaan, kuasa atau harta perwarisan untuk diwarisi oleh generasi seterusnya.

Perkataan ‘salasilah’ berasal daripada kosa kata bahasa Arab yang bermaksud “daftar keturunan atau jurai keturunan”. Ensiklopedia Islam (2004), halaman 250 mendefinisikan salasilah sebagai “daftar atau susunan asal-usul keturunan, biasanya dimulai daripada tokoh yang dianggap penting dan dihormati yang memiliki nilai sejarah”.

Pengetahuan tentang salasilah dianggap sebagai salah satu cabang ilmu yang penting khasnya dalam bidang sejarah dan ia dikatalogkan sebagai bidang sains sosial. Berdasarkan pengertian yang sempit, ilmu salasilah ini merupakan kajian berkenaan individu dan hubungannya dalam sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, sekiranya kita memahami pengertiannya yang luas, ilmu salasilah ini merangkumi kajian yang mendalam tentang sejarah, biografi, geografi, sosiologi, undang-undang, perubatan, linguistik dan sebagainya. Kita sewajarnya berpegang kepada takrifan yang luas kerana kita bukan hanya sekadar ingin mengetahui nama dan tarikh penting yang dilalui nenek moyang kita sahaja, tetapi juga corak kehidupan mereka serta sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan negara mereka. Apa yang lebih penting ialah pengkajian tentang ilmu salasilah keluarga mampu memupuk jati diri seseorang individu.

Pengkajian terhadap ilmu salasilah juga memerlukan pengorbanan yang besar kerana para pengkaji dalam bidang ini terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada ahli keluarga yang dikenali atau tidak. Maklumat-maklumat yang diperoleh itu sama ada maklumat lisan atau sumber bertulis perlu dipastikan kesahihannya agar tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak lain yang mempunyai autoriti.

Justeru, penulisan salasilah perlu diberi keutamaan sekiranya seseorang itu ingin menjejaki semula sejarah asal-usul keturunannya. Tambahan pula, salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat yang bertamadun. Menjejaki asal-usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada penerusan hubungan silaturahim antara kaum kerabat. Pengekalan hubungan silaturahim sesama kaum kerabat pula sangat dituntut oleh Islam.

ALLAH S.W.T. berfirman:
“Dan bertakwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat...”
(Surah an-Nisa’: 1)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jubair bin Mut'im r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan (silaturahim)".

Bahkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidhi yang melaporkan bahawa Abu Hurairah r.a. pernah mendengar bahawa Rasulullah S.A.W. menggalakkan kita mempelajari salasilah keturunan.

Kesimpulannya, mengkaji salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat dan merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam.

Rabu, 8 Julai 2009

UNTUK MENGHIMPUN MAKLUMAT KELUARGA


Kepada Mereka Yang :-
1. Mempunyai talian keluarga dengan saya
2. Mempunyai talian keluarga dengan isteri saya
3. Mempunyai talian keluarga dengan anak-anak saya
4. Mempunyai talian keluarga dengan bapa/ibu saya : Sulaiman bin Ansah X Teh Pipah Bt Mahmud
5. Mempunyai talian keluarga dengan Datuk/Wan saya – Mahamud x Saudah, Ansah x Jebek atau seperti nama-nama dipembesaran Geni.com yang telah masukan.
6. Kampung Asal : Kampung Lubuk Kulit, Mukim Telang Lipis Pahang.

Adalah supaya dapat mengemukakan maklumat keluarga kepada saya bagi mengemaskini maklumat keluarga yang ada. Dengan ini adalah diharapkan maklumat ini akan dapat digunakan oleh semua kaum keluarga yang lain.

Saya bercadang untuk lengkapkan maklumat semua keluarga saya dan diharapkan maklumat ini dapat dihantar melalui E-MAIL riah771@yahoo.com.my atau facebook berserta Nama, Tarikh Lahir, Tempat Tinggal,Gambar dan Alamat e-mail terkini.



Sekian terima kasih

Selasa, 7 Julai 2009

Kenali Keluarga Dengan One Family



Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang ramai sehinggakan anda tidak pasti berapa ramaikah ahli yang terkini maka anda boleh cuba menggunakan One Family. One Family merupakan sebuah aplikasi berasaskan web yang membantu anda membina salasilah keluarga bersama ahli-ahli keluarga anda yang lain. Selepas ini anda akan lebih mengenali Pak Ngah, Pak Teh, Mak Su, Mak Lang dan anak-anak mereka.

One Family