Khamis, 14 November 2019

Kenali Putera & Puteri Rasulullah S.A.W.

1. Al-Qasim bin Muhammad saw. Ibunya adalah Khadijah. Rasulullah saw menggunakan nama Al-Qasim sebagi kunyah (gelaran) yaitu Abul Qasim.

Usianya hanya 2 tahun dan merupakan anak Rasulullah saw yang paling awal meninggal dunia dan dikebumikan di Mekah.

2. Abdullah bin Muhammad saw. Ibunya adalah Khadijah dan dilahirkan kemudian daripada diturunkan wahyu atas baginda. Meninggal dunia ketika masih menyusu.

3. Ibrahim bin Muhammad saw. Ibunya adalah Mariah Al-Qibtiyah. Usianya hanya lebih kurang setahun setengah sahaja dan meninggal dunia pada tahun yang ke sepuluh hijrah dan dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’.

cerita dari lipis
ka'abah 
Tersbut di dalam Sahih Bukhari ketika meninggal putera yang bernama Ibrahim ini Rasululllah saw bersabda : إنَّ له مُرْضِعًا في الجنَّة artinya : Sungguhnya bagi Ibrahim ibu yang menysusukannya di dalam syurga.

4. Zainab binti Muhammad saw. Dialah anak Rasulullah yang paling sulung juga merupakan anak bagi Khadijah. Dan meninggal dunia ketika berusia dua puluh Sembilan tahun pada tahun ke lapan hijrah dimana Rasulullah saw sendiri turun ke dalam kuburnya.

5. Ummu Kalthum binti Muhammad saw yang ibunya juga adalah Khadijah. Ketika Ummu Kalthum dilahirkan usia Rasulullah saw ialah tiga puluh empat tahun. Beliau meninggal dunia pada tahun ke sembilan hijrah pada bulan Ramadhan.

6. Ruqayyah binti Muhammad saw. Ibunya adalah Khadijah. Meninggal dunia pada awal tahun ke dua hijrah pada hari perang Badar ketika berusia dua puluh satu tahun dan dikebumikan di Madinah Al-Munawwarah.

7. Fatimah bin Muhammad saw yang juga dilhairkan olih Khadijah. Ialah anak Rasulullah saw yang paling bungsu. Gelarannya ialah Fatimah Al-Zahra’. Digelar demikian kerana wajahnya sangat cantik dan berseri-seri kerana ada iras wajah Rasulullah saw. Meninggal dunia selepas enam bulan baginda saw wafat yaitu pada tahun ke sebelas hijrah. Ketika meninggal dunia Fatimah berusia dua puluh sembilan tahun dan Abu Bakkar As-Siddiq r.a. menyembahyangkang jenazahnya dan kuburnya di tanah perkuburan Baqi’.

Dalam kesemua putera dan puteri Rasulullah saw hanya Fatimah seorang sahaja yang meninggal dunia ketika Rasulullah saw telah wafat. Solatullah Wasalamuhu Ala Rasulillah saw wa alihi washabihi ajam'in.

Wallahua’lam

100 Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah

Tiada ulasan: